Myvi hitam (kiri) dan pemandu yang mengakibatkan kemalangan jalan melanggar myvi biru di shah alam diburu polis.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi yang berwarna hitam yang terlibat dalam kejadian langgar lari dengan kereta jenis sama bewarna biru di di Shah Alam, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan itu kini tular di laman media sosial.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan itu yang membabitkan kereta Perodua Myvi itu berlaku pada jam 4.55 pagi di Kilometer 15.5 Lebuhraya Persekutuan arah Klang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Perodua Myvi berwarna hitam yang sedang memotong di lorong paling kiri sebelum hilang kawalan lalu melanggar di sisi kiri sebuah lagi kereta jenis Myvi berwarna biru yang sedang bergerak di lorong tengah.

“Perlanggaran itu mengakibatkan Myvi biru hilang kawalan lalu melanggar tembok pembahagi jalan di sebelah kanan dan mengalami kerosakan di bahagian depan dan sisi,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut Mohd Iqbal, sehingga kini pemandu Myvi hitam yang menyebabkan kemalangan masih belum membuat laporan polis.

“Polis memulakan siasatan di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987.

“Polis juga meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta tampil segera membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, SJN Wan Badaru bin Wan Abdullah di talian 016-3733066,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here