Jambatan kabel (cable bridge) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV. Foto TNB

BAYAN LEPAS – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil tindakan segera untuk membaiki jambatan kabel yang runtuh di tapak projek kabel bawah tanah 275kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bayan Lepas ke PMU Intel di sini.

TNB dalam kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada 26 September lalu dan tiada gangguan bekalan berlaku memandangkan ia adalah projek baharu yang belum dimulatugas.

“Kita mengambil maklum berhubung insiden berkenaan dan kerja-kerja memperkukuh jambatan kabel sedang giat dijalankan termasuk penambahan cerucuk di bahagian tengah bagi meningkatkan kekuatan struktur.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca runtuhan dan merangka pelan mitigasi bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut TNB turut memberi jaminan bahawa projek ini akan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Pihak Intel telah dimaklumkan mengenai situasi ini dan TNB memberi jaminan bahawa insiden ini tidak menjejaskan projek-projek lain di Pulau Pinang,” katanya.

Jambatan kabel TNB di Bayan Lepas runtuh akibat tidak dapat tampung berat

 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, kambatan kabel (cable bridge) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

Jelas beliau, kejadian berlaku di Cable Bridge nombor satu di kawasan syarikat Motorola, sebahagian daripada projek yang menghala ke syarikat Intel di sini, semalam.

“Pihak projek grid TNB telah memaklumkan kepada Intel mengenai masalah ini. Projek ini dijangka memulakan tugas semula pada akhir November 2024,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here