Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi, dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur melakukan serbuan di sekitar ibu negara bermula jam 9 malam.

KUALA LUMPUR – Tempah pelacur menerusi laman sesawang yang dijalankan sindiket terbongkar menerusi serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi sekitar di ibu negara, malam tadi.

Dalam serbuan itu, seramai 15 individu ditahan melibatkan empat lelaki tempatan sebagai ‘transporter’ dan 11 wanita warga asing disyaki pelayan seks yang semuanya berusia antara 21 hingga 47 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Mohd Razali Mohd Idrus berkata, serbuan terbabit dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi, dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur bermula jam 9 malam.

“Sindiket ini dipercayai  menjalankan aktiviti pelacuran melalui kaedah tempahan atas talian yang membolehkan pelanggan memilih pelacur disukai melalui laman web klescsort69.com.

“Melalui laman web ini, pelangan dapat memilih pelacur yang kebanyakkannya daripada luar negara dengan harga ditetapkan dari RM400 bagi 1 jam, empat jam (RM 750), tujuh jam (RM 1,100)  dan 11 jam (RM 1,700).

“Setelah tempahan dibuat, pelacur akan dihantar ‘transporter’ ke lokasi ditetapkan pelanggan di hotel sekitar Kuala Lumpur dan boleh juga ditempah untuk pelanggan yang mengadakan ‘private party’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Razali, hasil serbuan itu pihaknya telah merampas tiga buah kenderaan termasuk rangkai kunci, 16 telefon bimbit, 45 kondom, tujuh botol pelincir serta wang tunai berjumlah RM1,351.

Katanya lagi, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 372B dan Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here