Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir program Jelajah Kampus MADANI ‘In Person with Doc Zam: Tips & Tricks for Freshies’ bersempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

BANGI – Seramai 2,500 mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan ataupun B40 bagi sesi akademik 2024/2025 menerima pengecualian yuran pengajian di universiti awam menerusi Program Siswa Sulung 2.0.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, menerusi program tersebut, mahasiswa yang tersenarai dalam keluarga miskin tegar dan berada dalam sistem eKasih akan menerima manfaat tersebut.

“Untuk kumpulan pelajar baharu, sekitar 2,500 mahasiswa (terpilih). Bagaimanapun, secara keseluruhnnya, kita jangkakan sekitar 8,000 pelajar dari tahun satu hingga empat akan menerima bantuan ini.

“Inilah pendekatan Kerajaan Madani bagi memastikan pelajar daripada keluarga yang susah, miskin, miskin tegar dan eKasih diberikan ruang.

“Maknanya tidak ada lagi alasan untuk mengatakan kita tidak mengambil perhatian terhadap mereka. Dalam Kerajaan Madani ini, kita berikan perhatian,” katanya pada pemberita.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bertemu lebih 5,000 pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata demikian selepas program Jelajah Kampus Madani ‘In Person with Doc Zam: Tips & Tricks for Freshies’ bersempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Program Siswa Sulung 2.0 adalah bantuan pengecualian yuran pengajian yang diberikan kepada individu pertama dalam keluarga B40 atau keluarga kurang mampu yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti awam.

Dalam program tersebut, Zambry memaklumkan, program Jelajah Kampus Madani akan diteruskan di semua universiti awam, antaranya Univerisiti Teknologi Mara (UITM) bagi berinteraksi secara dekat dengan semua pelajar baharu.

“Ini adalah proram julung kali diadakan dan saya anggap ia adalah  program yang kreatif dalam mewujudkan hubungan dua hala dan bukan hanya dalam bidang hubungan antarabangsa tetapi juga dua hala dalam konteks kerajaan bersama dengan pihak universiti dan pelajar-pelajar kita.

 “Saya rasa kita perlu lebih interaktif, turun ke bawah mendengar mereka seperti mana saya lakukan sewaktu menjadi Menteri Besar Perak.

“Mereka juga adalah rakyat, yang belajar di universiti awam tentunya bila kita turun bersama dengan mereka, kita lebih memahami bukan hanya mendengar, duduk dalam bilik, saya suka dengar laporan-laporan itu.

“Tentu sekali, setiap maklumat dan pandangan yang diperoleh kita ambil untuk memperbaiki, termasuk pandangan dan juga permasalahan itu kita bawa sama ada di peringkat pendidikan tinggi atau peringkat Kabinet,” jelasnya.  – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here