Gambar ihsan JBPM Pahang

KUANTAN – Seramai 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera setelah dua kenderaan bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala ke Maran pada pukul 12.29 tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, didapati tiga lelaki dan dua wanita menaiki kereta jenis Honda City, manakala sebuah lagi kenderaan iaitu Perodua Bezza dinaiki seorang lelaki, dua wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kesemua mangsa daripada kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan akibat kemalangan terbabit dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau turut memberitahu, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit di dalam kereta Honda City itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here