Global Ikhwan Services and Business Holdings (GIBSH)

KUALA LUMPUR- Reman individu yang disyaki pengendali aliran tunai Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan berkenaan eksploitasi dan pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah reman terhadap ‘Tuan Usu’ dan isterinya dibenarkan Timbalan Pendaftar Nurshahira Abdul Salim di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Lanjutan sehingga Khamis ini diminta susulan tempoh reman seminggu ke atas mereka sebelum ini, berakhir hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu yang memakai pakaian lokap tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi. Mereka dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Sementara itu, di mahkamah sama, 15 kanak-kanak iaitu anak kepada seorang pemimpin kanan GISBH akan ditempatkan tiga rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan Johor.

Mahkamah membenarkan penempatan mereka yang berusia tiga hingga 16 tahun itu selepas permohonan dibuat JKM hari ini.

Semuanya dibawa dengan van polis dan tiba kira-kira jam 10 pagi.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN

Polis sahkan Tuan Usu pengendali aliran tunai GISBH ditahan

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here