Malaysia mengecam tindakan Israel membunuh pemimpin Hisbullah Hassan Nasrallah.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan negara Yahudi itu angkuh dan tidak menghormati keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, P-B-B.
Beliau yang kini berada di New York bagi menyampaikan kenyataan negara pada Perhimpunan Agung PBB ke-79 berkata, Israel sudah melampaui batas.