Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Kedan meningkat kepada 463 orang dari 161 keluarga, yang kini ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).
Kenaikan itu direkodkan pada jam 7.30 pagi tadi, berbanding 164 mangsa dari 58 keluarga di dua PPS semalam.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pertambahan berlaku selepas tiga PPS dibuka di Pokok Sena dan Kubang Pasu.