Mayat Salmah Mat Zain, 46 tahun yang dihanyutkan bersama anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19 tahun, di Kampung Tanjung Kanan, Padang Terap Kedah ditemukan pagi ini.

Menurut Facebook Bomba Kuala Nerang, mayat mangsa ditemukan kira-kira 7.45 pagi berhampiran mayat anaknya temukan semalam.

Wanita itu dihanyutkan arus deras banjir bersama anaknya, Muhammad Rosman di Kampung Tanjung Kanan, Padang Terap Kedah, 8.30 pagi semalam.

Muhammad Rosman ditemukan lemas oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah pada jam 5.35 petang semalam.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast