Diterbitkan oleh Current Pictures Sdn. Bhd., Rain Town menyentuh tentang hubungan keluarga yang semakin renggang dan pergelutan emosi ahlinya.

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Susan Lankester mengharumkan nama Malaysia apabila meraih Pemenang Nasional bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi Kreatif Asia(AACA) 2024.

Kemenangan itu adalah hasil lakonan cemerlangnya sebagai Aileen Choo iaitu watak utama dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Susan berterima kasih kepada rakan pelakon dan kru yang telah membantunya menjayakan watak sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak dalam filem berkenaan.

“Terima kasih kepada The Choos– Chew Kin Wah, Pauline Tan, Wilson Lee & Fabian Loo. Saya sayang anda semua, dan yang paling utama adalah kru Rain Town yang membuatkan filem ini dirasai, didengari dan dilihat seperti mana yang sepatutnya.

“Anda telah menjaga kami dengan baik semasa di dalam dan di luar set pengambaran. Saya sangat menghormati anda semua,” katanya.

Susan, 62, menewaskan 10 pesaing dari New Zealand, China, Hong Kong, India, Myanmar, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, dan Thailand.

Menurut laman rasmi Facebook AACA, pemenang akan bersaing dengan National Winners dari rantau lain di pusingan akhir pada 3 dan 4 Disember depan di Singapura.

Diterbitkan oleh Current Pictures Sdn. Bhd., Rain Town menyentuh tentang hubungan keluarga yang semakin renggang dan pergelutan emosi ahlinya.

Filem ini mengisahkan tentang Choo iaitu seorang bapa yang sering campur tangan dalam kehidupan peribadi tiga anaknya yang sudah dewasa dan akhirnya membawa kepada konflik apabila isterinya Aileen mengalami kemalangan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here