Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (tengah) yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMPSA menyampaikan sumbangan inisiatif buat pelajar baharu dalam Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan UMPSA Prihatin 2024 diiringi Naib Canselor UMPSA, Prof. Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin

KUANTAN – Seramai 150 pelajar lepasan diploma, matrikulasi, politeknik, Kolej Vokasional dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang cemerlang dan terpilih mengikuti  pengajian di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima Insentif Kecemerlangan Yayasan UMPSA bagi sesi akademik tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata, insentif tersebut merupakan usaha berterusan Yayasan UMPSA dalam menyokong kecemerlangan akademik pelajar universiti tersebut.

Katanya ia sejajar dengan Yayasan UMPSA yang memilih tema “Pilih Untuk Berkongsi” dan komited dalam menyokong pendidikan dan kebajikan pelajar.

“Sebagai sebuah organisasi yang fokus kepada kesejahteraan pelajar, UMPSA dan Yayasan sentiasa memastikan tiada pelajar yang tercicir dari segi bantuan kewangan atau sokongan moral.

“Bantuan Insentif Pendidikan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan, menghadapi masalah kewangan untuk menyambung pengajian di universiti manakala insentif kecemerlangan diberikan kepada mereka yang telah memilih UMPSA sebagai pilihan pertama dan menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pihak universiti merakamkan penghargaan buat pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, Ekuiti Nasional, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Bank Rakyat atas sumbangan mereka dalam memastikan bantuan dapat disampaikan kepada seramai 420 pelajar yang memerlukan.

Selain itu seramai 30 penerima bantuan Insentif Pendidikan dan 12 penerima Bantuan Komputer Riba bagi pelajar dari Keluarga B40 yang melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda di universiti ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here