KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terjejas banjir dinasihatkan mengelak menyeberangi laluan arus yang deras, termasuk kenderaan ringan yang dikhuariti akan membahayakan nyawa.

Public Health Malaysia (PHM), walaupun nampak cetek, arus setinggi 15 sentimeter (cm) sudah cukup untuk menjatuhkan orang dewasa manakala arus setinggi 60 cm boleh menghanyutkan kereta.

“Jika terpaksa menyeberang, cuba cari laluan yang lebih cetek atau tidak berarus.

“Jika perlu berjalan melalui air, gunakan tongkat atau kayu panjang untuk menguji kedalaman,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Pada masa sama, PHM juga menasihatikan agar sentiasa memakai jaket keselamatan atau peralatan yang boleh membantu untuk terapung sewaktu meredah banjir.

“Selalu cari laluan yang lebih selamat atau tunggu bantuan jika keadaan terlalu berbahaya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here