Seorang mekanik putus pergelangan tangan selepas pacuan empat roda (4x4) dipandu terbabas dan terbalik dalam nahas di Jalan Bembam-Gapam, Jasin, Melaka petang semalam.

JASIN – Seorang mekanik putus pergelangan tangan selepas pacuan empat roda (4×4) dipandu terbabas dan terbalik dalam nahas di Jalan Bembam-Gapam di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu 4×4 jenis Mitsubishi Triton datang dari arah pekan Bemban menuju ke Gapam.

Mangsa yang putus pergelangan tangan kanan terduduk menahan kesakitan selepas kenderaan dipandu dipercayai terbabas ke tengah jalan dan melanggar tiang lampu sebelum terbalik di tengah pembahagi jalan.

“Siasatan awal mendapati sebaik tiba di selekoh, kenderaannya dipercayai terbabas ke tengah jalan dan melanggar tiang lampu sebelum terbalik di tengah pembahagi jalan.

“Akibatnya, mangsa putus pergelangan tangan kanan dan ketika kejadian, cuaca baru selepas hujan di laluan yang sedikit berselekoh,” katanya ketika dhubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here