PONTIAN – Seorang wanita warga emas, Muniamah a/p Vellay, 61, dilaporkan hilang sejak empat hari lalu.
Ketua Polis Balai Pontian, Inspektor Ahmad Shah Abdul Rasheed berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita pada jam 2.21 petang, 28 September lepas.
Katanya, pengadu melihat Muniamah keluar dari kediamannya di No. 84, Aman Rambah, Pontian, sekitar jam 7.00 pagi, 26 Oktober lalu.
“Muniamah berketinggian 160 cm, mempunyai berat sebanyak 80kg, berambut panjang dan beruban, dengan tubuh sederhana dan berkulit gelap. Warna matanya bulat. Namun, pakaian yang dipakai ketika keluar dari rumah tidak diketahui,” katanya dalam kenyataan di sini.
Ahmad Shah berkata, kehilangan wanita ini merisaukan keluarganya kerana Muniamah adalah pesakit mental yang menerima rawatan berkala setiap dua bulan di Hospital Permai.
Beliau meminta oang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan Muniamah diminta untuk menghubunginya di talian 019-7578020 atau talian hotline 07-6871222. – MalaysiaGazette