KUALA LUMPUR- Sebanyak 81 perusahaan yang menjalankan perkhidmatan kembara dan umrah termasuk sebuah anak syarikat GISB Holdings (GISBH) sedang disiasat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengikut Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).
MyCC dalam kenyataan berkata, siasatan berpunca daripada perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia bermula 2023.
Bagaimanapun katanya, siasatan terhadap semua perusahaan yang dianggap kartel itu masih di peringkat Keputusan Cadangan.
Pengerusi MyCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus, berkata semua syarikat berkenaan adalah ahli persatuan yang berdaftar di Malaysia.
“Mereka telah bersetuju menetapkan harga lantai bagi kedua-dua perkhidmatan pakej umrah ekonomi dan premium dalam beberapa mesyuarat pada awal 2023.
“MyCC juga mendapati bahawa persatuan terbabit membuat pengumuman kepada pihak media untuk memaklumkan kepada orang awam harga lantai yang telah dipersetujui oleh mereka.
“Penting untuk dinyatakan Keputusan Cadangan yang dikeluarkan MyCC adalah dapatan awal.
“Maka tidak boleh diandaikan perusahaan yang dinyatakan itu melanggar Akta 712 pada peringkat ini,” katanya.
Mohd Hishamudin menambah, MyCC akan mengeluarkan Keputusan Akhir selepas mempertimbangkan representasi syarikat terbabit bersama bukti diperoleh ketika proses penyiasatan.
Katanya, syarikat berkenaan diberi peluang membentang representasi lisan masing-masing kepada MyCC pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Tambah beliau, kesemua perusahaan yang terlibat berpeluang mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC dalam 30 hari selepas menerima Keputusan Cadangan.
Berikut adalah kesemua 81 perusahaan yang terlibat:-
- GISB Travel and Tours Sdn Bhd
- Abeel Travel & Services Sdn Bhd
- Abu Rizki Travel & Tours Sdn Bhd
- Afiq Travel & Tours Sdn Bhd
- Ajua Travel & Tours Sdn Bhd
- Al Ansar Travel & Tours (M) Sdn Bhd.
- Al Fawwaz Travel & Services Sdn Bhd
- Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd
- Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd
- Al Mikayla Travel & Tours Sdn Bhd
- Al Murtajiz Travel Sdn Bhd
- Al Ridzuan Travel & Tours Sdn Bhd
- Al-Ilmi Travel & Tours Sdn Bhd.
- Alrohmah Tours & Services Sdn Bhd
- Aqua Travel & Tours Sdn Bhd
- Ar Rayyan Travel & Tours Sdn Bhd
- Ar Rayyan Travel Services Sdn Bhd
- Aseana Pro Travels Sdn Bhd
- As-Siraj Haj Umrah Travel & Tours Sdn Bhd
- Atocha Travel Sdn Bhd
- Baheej Travel & Tours Sdn Bhd.
- Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn Bhd
- Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd
- BK Travel Sdn Bhd
- BT Tune Holidays & Services Sdn Bhd
- Dahlia Travel & Tours Sdn Bhd
- Dar Premium Travel Sdn Bhd
- De Teroke Travel & Tours Sdn Bhd
- Dhiya Az Zahra Travel & Tours Sdn Bhd
- Embun Ritz Travel Network Sdn Bhd
- Family International Travel & Tours Sdn Bhd.
- Halaqah Mukhlisin Travel & Tours Bhd.
- Hayy Al Musafir Travel & Tours Bhd.
- Hexa Travel Bhd.
- I.T.T Travel & Tours Sdn. Bhd.
- Iltizam Travel & Tours Bhd.
- In Saff Travel & Tours Bhd.
- Khalifa Hajj Umrah Tours Bhd.
- Kopetro Travel & Tours Bhd.
- Kosas Travel & Tours Bhd.
- Kurma Getaways Travel Management Bhd.
- Lavender Holidays & Management Bhd.
- M Travel & Tours Sdn Bhd
- Madinah Travel & Tours Bhd.
- MKM Ticketing Travel & Tours Sdn.
- Moghul Travel & Tours Bhd.
- Mursyid Alharamain Travel & Tours Bhd.
- Muslimin Travel & Tours (M) Bhd.
- Nafadz Travel & Tours Bhd.
- Nawwarah Travel & Tours Sdn.
- Obi Travel & Holidays Bhd.
- Pasadana Travel & Tours Bhd.
- Persada Global Holidays Bhd.
- Qalam Travel Bhd.
- Qaliff Travel Bhd.
- Quntum Travel & Tours Bhd.
- Rarecation Travel Sdn.
- Rasniaga Travel Sdn.
- Raudhah Jaya Travel & Tours Bhd.
- RRAB Travel & Tours Bhd.
- RS Megatravel Bhd.
- Salju Travel Bhd.
- Sama Travel & Tours Bhd.
- Shahid Travel & Tours Bhd.
- Smart IQ Travel Agency Sdn. Bhd
- Sri Wangsa Travel & Tours Bhd.
- Tawaf Travel Group Bhd.
- TMK Travel & Tours Bhd.
- Toybah Travel & Tours Bhd.
- Tripfair Travel Bhd
- Tripfez Travel & Tours Bhd.
- UAR Travel & Tours Bhd.
- Ummrem Tours & Services Bhd.
- UMH Travel & Services Bhd.
- Widad Tours & Travels Bhd.
- Yahabibi Travel Bhd.
- Ya Salam Travel & Tours Bhd.
- YHA Travel & Tours (M) Bhd.
- Zaharah Travel & Tours Bhd.
- Zayyan Travel & Tours Bhd.
- ZST Travel & Tour (Sarawak) Bhd. – MalaysiaGazette