Zakaria Mamat

IPOH – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menjejaki seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat, 51, yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 September lalu.

Zakaria beralamat di Batu 12 1/2, Jalan Pantai, Kuala Kurau. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, lelaki itu mempunyai ketinggian 157 sentimeter, berat 60 kilogram, berambut pendek hitam, bermisai nipis, berbadan kurus, dan mempunyai parut berlubang pada lengan kirinya.

“Ketika kali terakhir dilihat, dia memakai baju-T merah dan seluar kelabu,” kata Juna dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Sukri Azali, di talian 016-4452598 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here