Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Polis mengesan satu perhimpunan diadakan di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Taman U-Thant, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya mendapati perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu diadakan pada jam 8.10 pagi.

“Himpunan telah disertai seramai tujuh orang peserta bagi menyatakan sokongan ke atas Palestin dan mengecam tindakan Israel.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju telah membuka satu kertas siasatan di Bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya menerusi kenyataan petang hari ini.

Tambah beliau, proses dokumentasi ke atas kesemua peserta yang menyertai perhimpunan itu telah dibuat untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here