Sesi Pra-Pemeriksaan Perakuan Bomba oleh pihak operasi akan dijalankan di beberapa stesen Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya bermula esok sehingga Isnin depan.

KUALA LUMPUR – Beberapa stesen Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan terlibat dengan sesi Pra-Pemeriksaan Perakuan Bomba  bermula esok sehingga Isnin depan.

Menurut Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), pemeriksaan dijalankan sebagai langkah persediaan sesi pemeriksaan yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober depan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPM WPKL).

“Inisiatif ini adalah hasil kerjasama bersama Rapid Rail dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaku pemilik aset bagi memastikan kesemua system pencegah kebakaran yang ada di stesen-stesen MRT ini berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan dan mengenal pasti protokol keselamatan kebakaran yang berpotensi untuk diperbaiki,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, pra-pemeriksaan secara menyeluruh itu akan dilakukan selepas tamat waktu operasi perkhidmatan iaitu bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 4 pagi.

Sehubungan itu, Rapid Rail menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar stesen yang terlibat supaya tidak khuatir apabila mendengar penggera kebakaran dibunyikan kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti pra-Pemeriksaan.

“Bagi sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03 -7885 2585 atau merujuk pada laman media sosial Rapid KL untukmaklumat lanjut,” tambahnya.-MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here