CHERAS – Penganjuran High Profile Policing atau penguatkuasaan berprofil tinggi dapat meningkatkan kesedaran mengenai isu keselamatan dan pencegahan jenayah, terutamanya dalam kalangan belia.
Berikutan itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Polis Datuk Azry Akmar Ayob berharap golongan itu akan lebih peka terhadap isu terbabit
“Kami juga turut menjalankan program pencegahan jenayah di institusi pengajian dan sekolah melalui kerjasama Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk mendidik dan memberi bantuan dalam menangani masalah salah laku para pelajar.
“Ini secara tidak langsung akan menyebarkan mereka (pelajar) dan masyarakat tentang kepentingan menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa dalam membanteras kegiatan jenayah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Madani Penguatkuasa Daerah Cheras dan Program ‘High Profile Policing’ HPP Ketua Polis Kuala Lumpur di Sunway Velocity Mall, di sini, hari ini.
Menurut Azry Akmar, pihaknya turut melaksanakan program pencegahan jenayah bagi suri rumah sepenuh masa yang mana Amanita PDRM akan bergerak sebagai mata dan telinga bagi pihak pasukan keselamatan itu.
“Pemberi maklumat tidak perlu risau kerana tahap kerahsiaan tertinggi bagi mencegah jenayah dan menjaga kesejahteraan dalam peringkat komuniti.
“Saya yakin program ini dapat memberi ruang kepada masyarakat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam menangani isu jenayah semasa,” ujarnya. – MalaysiaGazette