Port Tanjung Pelepas

KUALA LUMPUR- Port Tanjung Pelepas (PTP), sebuah syarikat kerjasama MMC Group dan APM Terminals memeterai perjanjian pembelian empat buah kren dermaga daripada Sany Marine Heavy Industry Co Ltd.

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, kren-kren baharu berkenaan akan menokok kepada 58 kren sedia ada bagi mengekal dan meningkatkan kapasiti PTP serta menyokong pelan pertumbuhannya.

Perjanjian ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Mark Hardiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sany, Jeff Fi.

Kesemua kren baharu itu dijangka tiba awal 2026.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here