Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dilaksanakan secara berhemah walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) diberi kuasa penuh oleh Jabatan Peguam Negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, ini kerana keutamaan KKM dalam melaksanakan akta berkenaan adalah mendidik masyarakat tentang bahaya rokok dan vape.

“Kita diberi satu kuasa penuh oleh AGC, dalam hal ini saya yakin penguatkuasa saya di KKM akan mengambil pendekatan yang sangat berhemah dan saya mahu mereka bertindak berhemah, walaupun kita mahu ia (akta) dikuatkuasakan segera tetapi mesti tindakan mesti diambil secara berhemah.

“Apa yang kita lakukan semua ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan khasnya anak remaja generasi muda kita,” katanya. 

Dr Dzulkefly berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Warga Emas peringkat KKM dan pelancaran Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030 dan Pelan Tindakan Dementia 2023- 2030.

Tambah beliau, walaupuan penguatkuasaan Akta 852 bermula hari ini, KKM sentiasa terbuka dan akan melakukan libat urus dengan industri dan mana-mana pihak dalam membuat penambahbaikan.

Akta 852 yang diwartakan pada 2 Februari lalu dikuatkuasakan serentak dengan Peraturan-Peraturan dan Perintah di bawahnya bermula hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast