Perhimpunan Agung Tahunan Makkal Sakti Ahad lepas.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Makkal Sakti kelmarin terus mendesak pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran berkata, partinya berusia lebih 16 tahun banyak terhutang budi dengan Najib ketika beliau menerajui negara.

Kata Thanenthiran, sejak pelbagai dakwaan dikemukakan terhadap Najib pada 2018, Makkal Sakti terus setia bersama Najib bagi mendapatkan pengadilan untuk bekas Presiden Barisan Nasional (BN).

“Makkal Sakti konsisten, tidak akan sesekali berganjak malah setiap tahun resolusi kita berkait dengan pembebasan ‘Bosku’ Datuk Seri Najib Tun Razak.

Resolusi ini juga mendapat sokongan dan undian terbanyak dalam kalangan ahli-ahli Makkal Sakti yang sudah mencecah lebih 150 ribu keahlian ketika ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Temu bual bersama Presiden Makkal Sakti, Datuk RS Thanenthiran berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Makkal Sakti serta isu-isu lain di Hotel Seri Pacific KL. Foto AIZAT ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2024.

Sementara itu, Thanenthiran berkata, beliau memohon supaya status Makkal Sakti sebagai ‘Friends of BN’ dapat dinaikkan kepada parti komponen.

Katanya, ini kerana Makkal Sakti terus setia dalam perjuangan BN.

“Kita juga ada memohon supaya salah seorang daripada ahli tertinggi parti diberikan jawatan Senator yang pernah dijanjikan kepada parti kita.

“Kita sangat berharap ianya menjadi realiti kali ini, adanya kekosongan dan sangat berharap dapat perhatian dalam isu ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here