Jenazah Muhamad Saifol Azmi Adiauddin, 33 diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Gambar ihsan Bomba Pahang

KUANTAN – Mayat lelaki yang disyaki lemas ketika menjaring ikan di Sungai Lepar, dekat Ladang LKPP Jalan Gemuruh, Pekan semalam ditemukan kira-kira lima meter daripada tempat dia hilang.

Dalam kenyataanya, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, jenazah mangsa ditemukan pada jam 10.20 pagi tadi.

Menurutnya, seramai enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan telah membuat pencarian di permukaan air dalam radius dua kilometer dari tempat mangsa dikatakan lemas.

“Jenazah mangsa, Muhamad Saifol Azmi Adiauddin, 33 telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 11.30 pagi,” katanya.

Semalam, beliau melaporkan ketika kejadian pada pukul 1.19 petang itu, mangsa bersama melakukan aktiviti terbabit bersama dua lagi rakan-rakannya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here