Recep Tayyip Erdogan

ANKARA- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa menggunakan kekerasan sekiranya Israel masih berdegil dan ingkar terhadap keputusan badan dunia itu.

Presiden Turkiye, Tayyip Recep Erdogan yang mencadangkan syor itu berkata, ia selaras dengan resolusi yang diluluskan PBB pada 1950.

Kenyataan tersebut dibuat selepas terdapat kemungkinan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan Lubnan.

Untuk rekod, resolusi Uniting for Peace 1950 menyebut UNGA boleh campur tangan, jika terdapat perselisihan dalam kalangan lima ahli yang mempunyai kuasa veto iaitu Britain, China, Perancis, Russia, dan Amerika Syarikat (AS), menyebabkan mereka gagal mengekalkan keamanan global.

Sementara itu, Erdogan mengaku sedih melihat negara Islam gagal berpendirian lebih agresif terhadap Israel.

Beliau turut mendesak negara-negara Islam mengambil langkah ekonomi, diplomatik dan politik ke atas Tel Aviv untuk memberi tekanan supaya menerima gencatan senjata.

“Demi keamanan semua di rantau ini, sama ada Islam Yahudi atau Kristian, kita semua gesa masyarakat antarabangsa dan dunia Islam untuk bertindak.

“Tambahan pula, Israel akan menyasarkan negara Islam yang lain jika keganasan ini tidak dihentikan segera,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Ankara.- Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here