KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd, Abdullah Ismail memohon maaf kerana dilihat tidak menyambut salam Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi video yang tular baru-baru ini.

Katanya, situasi sebenar yang berlaku bukanlah seperti yang dipertikaikan.

Jelasnua, beliau telah bersalaman dengan menteri itu dan pegawainya yang lain sebaik sahaja tiba di Kedah dalam lawatan kerja Isnin lalu.

Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan terkedu apabila melihat Mohamad sekali lagi menghulurkan tangan kepadanya.

“Untuk makluman semua,saya telah bersalaman dengan YBM KPKM sebaik sahaja beliau keluar dari kereta.

“Kemudian saya mengiringi YBM KPKM bersalaman dengan pegawai-pegawai yang lain. Ketika mengiringi YBM KPKM bersalaman dengan pegawai lain, beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan dengan saya.

“Oleh kerana saya telah bersalaman dengan beliau sebelum itu, saya jadi terkedu dan saya terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau,” katanya menerusi kenyataan.

Menyedari video yang tular mencetuskan salah faham, beliau berharap penjelasannya dapat diterimas semua pihak.

Terdahulu, video yang tukar menunjukkan Abdullah seolah-olah enggan menyambut salam yang dihulur Mohamad mencetuskan pelbagai reaksi dan pertikaian.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here