Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Polis telah selesai mengambil keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung himpunan Solidariti Palestin di belakang Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Taman U-Thant, ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis sedang dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan kes tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Kita sudah rakam keterangan daripada tujuh orang dan polis sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan kes ini, kita akan cuba lengkapkan seberapa segera.

“Tapi keputusan sama ada diteruskan ke peringkat pendakwaan atau sebaliknya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara nanti.

“Kita akan cuba rujuk kertas siastatan kepada AGC dalam minggu ini,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan kes tersebut di ibu pejabat Kontinjen KL hari ini.

Malah katanya, penganjur gagal menghantar notis pemakluman mengenai himpunan itu.

“Selain itu, mereka juga tidak mendapatkan kebenaran tuan tanah untuk mengadakan himpunan itu seperti mana disyaratkan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” jelasnya lagi.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here