KUANTAN – Kolaborasi antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bakal melahirkan ramai pemimpin yang berkualiti.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia merupakan kerjasama interaktif antara dua pihak dan akan diadakan secara berkala menggilap pelajar yang berpotensi menjadi pemimpin.
”Golongan pelajar ini mereka ada semangat dan perlukan bimbingan lebih lagi dengan MOU ini baharu ini menjadi kilang mengeluarkan pemimpin.
”Bukan pemimpin politik tapi dalam pelbagai bidang merangkumi akademik, perindustrian, pertanian termasuklah dalam bidang lain,” katanya selepas merasmikan program Akademik Menara Gading 2.0 hari ini di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang.
Akademi Menara Gading (AMG) adalah hasil cetusan idea Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda yang juga merupakan Canselor UMPSA bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sementara itu, Johari meminta penuntut sekolah menengah di Pahang menguasai bahasa Mandarin dan menyertai unit beruniform agar menambah kemahiran kepimpinan.
Johari juga menasihati mereta agar aktif bersukan dan mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya enam jam sehari. -MalaysiaGazette