Polis Kuala Lumpur hari ini melupuskan barang kes narkotik merangkumi pelbagai jenis dadah bernilai RM46.43 juta.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur hari ini melupuskan barang kes narkotik merangkumi pelbagai jenis dadah bernilai RM46.43 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pelupusan barang kes dadah dan peralatan memproses dadah bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur bagi tahun 2024 dilaksanakan mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D207 ( Pelupusan Barang Kes).

“Kesemua barang kes dadah yang dilupuskan hari ini adalah membabitkan pelbagai jenis dadah yang telah selesai dibicarakan kes di mahkamah.

“Barang kes ini melibatkan 2,844 kertas siasatan bertempoh 20 tahun bermula dari 2003 hingga 2023 yang telah selesai perbicaraan dan menerima perintah pelupusan di mahkamah,” katanya dalam sidang media ibu pejabat kontinjen hari ini.

Tambah beliau, antara barang kes dadah utama yang terlibat adalah dadah seberat 474.711 kilogram dan 982.287 liter

“Nilai harga pasaran untuk jumlah dadah yang dilupuskan kami hari ini adalah bernilai RM36.43 juta yang membabitkan kebolehgunaan seramai 1.2 juta penagih.

“Kesemua dadah itu terdiri daripada 285.530 kg methaphetamine bernilai RM34.43 juta, MDMA 70.244 kg bernilai RM1.05 juta, heroin seberat 8.815 kg(RM308,000), kanabis 8.6kg bernilai RM433,000, air ketum bernilai RM18,000 dan lain lain bahan kimia memproses dadah iaitu pepejal 1.9kg dan cecair 786 liter.

“Kesemua barang kes akan dilupuskan di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn.Bhd di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk Negeri Sembilan menggunakan fasiliti insenator tanpa pencemaran,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here