Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Datuk Seri Mohd Hishamuddin Md. Yunus berucap dalam upacara pembukaan Forum Hak Warga emas kepada hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Penganjuran Forum Hak Warga Emas kepada Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan boleh dijadikan platform untuk memahami isu yang melanda golongan itu.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Seri Mohd Hishamudin Md. Yunus berkata, mendalami isu berkaitan warga emas penting untuk mencari penyelessaian yang boleh meningkatkan kualiti hidup golongan tersebut di Malaysia.

“Forum ini mencerminkan komitmen yang tinggi dalam usaha memperjuangkan hak warga emas di negara kita.

“Topik yang dipilih juga adalah relevan kerana negara kita kini berdepan dengan populasi warga emas yang semakin meningkat. 

“Warga emas bukan sahaja membawa pengalaman hidup yang kaya tetapi mereka merupakan golongan yang memerlukan perlindungan dan penghargaan yang sewajarnya,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian forum itu, di sini, hari ini.

Menurut Hishanudin, warga emas tidak sepatutnya didiskriminasikan dalam sebarang bentuk dan hak-hak asasi mereka dinafikan.

Malah tambah beliau, pemerkasaan warga emas harus menjadi keutamaan semua pihak demi kelestarian masa depan.

Katanya, berikutan itu Suhakam akan terus komited untuk memastikan suara warga emas didengari dan hak mereka dijamin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast