Hantaran yang dimuatnaik berkaitan perkahwinan Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tular sejak 24 September lalu disahkan paslu oleh pihak Istana Pahang

KUANTAN – Istana Pahang menafikan khabar mengenai istiadat perkahwinan Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tular sejak 24 September lalu.

Terdahulu, terdapat satu hantaran yang mengandungi maklumat palsu berkenaan Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita yang tular di laman media sosial Instagram

“Hantaran yang dimuatnaik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Farida.1111111 itu memperlihatkan satu kertas yang tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’.

“Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuat naik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang,” katanya.

Tambah kenyataan itu, tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here