Lee Ting Han

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak RM12.936 billion jumlah pelaburan komited direkodkan di Johor sehingga suku kedua tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, ia melibatkan RM7.972 bilion iaitu 61.6 peratus bagi pelaburan asing langsung (FDI) dan RM4.964 bilion bersamaan 38.4 peratus untuk pelaburan domestik langsung (DDI).

“Daripada jumlah pelaburan tersebut, RM6.909 billion disumbangkan oleh sektor perkhidmatan, diikuti sektor perkilangan dengan RM6.027 billion.

“Sebanyak 396 projek telah diluluskan dengan mewujudkan 8,948 peluang pekerjaan,” ujar Ting Han (BN-Paloh).

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam usaha memastikan Johor terus menjadi destinasi pelaburan yang unggul di rantau ini, beberapa inisiatif telah dan akan dilaksanakan.

“Antaranya ialah penubuhan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor atau Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan proses kelulusan,” katanya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here