Suspek (dua dari belakang) dibawa ke Mahkamah Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini untuk permohonan reman kes langgar lari.

BALIK PULAU – Pemandu kereta yang terlibat dalam kes langgar lari membabitkan penunggang motosikal di Bayan Baru dekat sini, pada Ahad lalu direman selama empat hari.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret, Chia Huey Ting di Mahkamah Balik Pulau hari ini.

Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, ujian saringan air kencing terhadap lelaki yang berasal dari Terengganu itu didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamine.

Selalu lalu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian langgar lari berhampiran Hospital Pantai, Bayan Baru dekat sini untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa merupakan seorang wanita berusia 24 tahun dan impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada muka, gigi, belakang badan dan bahu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here