Naib Presiden MCA, Datuk Lawrence Low.

KUALA LUMPUR- Kementerian Pengangkutan perlu memberi penjelasan terperinci berhubung ‘kekalutan’ dan kekeliruan susulan penggunaan MyDigital ID untuk log masuk aplikasi MyJPJ yang mana ia terpaksa ditangguhkan tidak sampai sehari selepas dilaksanakan.

Naib Presiden MCA Datuk Lawrence Low menegaskan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke perlu memberi penjelasan bagi menjawab mengapa terdapat unsur tidak telus dalam pelaksanaan dasar itu.

Ujar beliau, rakyat juga berhak mengetahui siapakah dalang di sebalik pelaksanaan pengunaan MyDigital ID untuk log masuk MyJPJ.

Tambahan pula katanya, Anthony semasa sidang medianya semalam memaklumkan, maklumat berhubung penggunaan MyDigital ID disalurkan melalui ‘pop-up’ MyJPJ dan ia bukan pengumuman rasmi Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

‘Pop-up’ tersebut telah pun diturunkan serta- merta.

“Mengapa ia boleh dilaksanakan sedangkan Menteri sendiri memberitahu, tiada keputusan mengenainya telah dibuat.

“Jabatan apakah atau siapakah indvidu yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada Menteri Pengangkutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kekaburan sebegini dalam operasi menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Lawrence, secara logik, kerajaan tidak akan melaksanakan sesuatu dasar yang belum diuji dari segi teknikal tanpa mengambil kira pengalaman pengguna.

Sehubungan itu menurut beliau, rakyat berhak tahu supaya dapat memahami bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dan dielakkan pada masa depan.

“Kekalutan yang timbul akibat membuat keputusan secara tergesa-gesa memberi tindak balas yang tidak baik dan menimbulkan kemarahan rakyat,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt – Loke

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here