KUALA LUMPUR – Perjuangan wanita dari perspektif srikandi menjadi objektif pementasan teater Nilamsari dalam usaha memenyampaikan mesej seni persilatan selain turut menerapkan elemen kasih sayang dan semangat perpaduan.
Menurut pengarah teater, Yusry Kamaruzaman, teater anjuran Pertubuhan Teater Hidayah dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya melalui Geran Sokongan Sektor Kerajaan itu turut menerapkan elemen kasih sayang dan semangat perpaduan.
“Teater Nilamsari bukan sahaja akan mempersembahkan seni mempertahankan diri namun digabungkan dengan pengajaran, kesedihan dan juga kelucuan.
“Ia juga menjadi platform untuk menyemarakkan semangat wanita dalam dunia seni persilatan, serta membuka mata masyarakat untuk menghargai seni dan budaya tanah air
itu turut menerapkan melestarikan wadah seni untuk karyawan teater dengan menyalurkan mesej-mesej kepada masyarakat terhadap detik kehidupan bangsa.
“Teater Nilamsari juga mahu menerapkan generasi muda untuk memperkukuhkan hubungan budaya dalam kalangan masyarakat setempat dan memartabatkan seni karya tanah air melalui seni persembahan yang berkualiti.
“Selain itu, skrip teater juga telah ditulis dan dihasilkan dengan menyimpan harapan besar ia mampu dizahirkan dengan baik bagi mengangkat warisan seni bangsa melalui perjuangan seorang wanita yang merupakan tunjang yang tidak di dendangkan,” katanya.
Pengarah teater Nilamsari, Yusry Kamaruzaman.Yusry turut merakamkan penghargaan atas sokongan daripada sektor kerajaan dan jabatan berkaitan bagi memastikan para penggiat seni dapat terus berkarya untuk bersama mengekalkan warisan budaya.
“Teater Nilamsari bukan sahaja akan mempersembahkan seni mempertahankan diri namun digabungkan dengan pengajaran, kesedihan dan juga kelucuan.
“Ia juga menjadi platform untuk menyemarakkan semangat wanita dalam dunia seni persilatan, serta membuka mata masyarakat untuk menghargai seni dan budaya tanah air,” katanya.
Sementara itu, teater Nilamsari membariskan bintang seperti Pangiran Aduka Putra, Ruby Wahid, Kamarul AR, Ain Sufia, Salman Al Farisi, Khai Sabri, Apai Azha, Panglima Aduka, Dean Sitara, Mardiana Ismail, Shahril Kamil, Azmi Daim dan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta pesilat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Dalam pada itu,Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti UPSI, Dr.Nurzuraina berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan badan bukan kerajaan persatuan NGO luar yang berpengalaman untuk memberikan pendedahan kepada pelajar UPSI apabila berada dalam industri.
“Program ini sangat baik untuk memberi pendedahan kepada pelajar UPSI agar mereka memahami bagaimana proses dalam industri berjalan.
“Proses pembelajaran formal dan tidak formal adalah dua perkara yang berbeza; kita perlu menyatukan kedua-duanya untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan berani berdaya saing, yang mampu meletakkan diri mereka di tempat yang betul semasa di masa akan datang kelak,” ujarnya.
Teater berkenaan menyorot pengkisahan gelanggang silat tertua merencah perpaduan dan persaudaraan penduduk Desa Permata bahana perpecahan apabila Tok Deraman, seorang guru silat yang dibunuh oleh manusia yang tamak kedudukan dan kuasa.
Berikutan itu, Nilamsari seorang gadis desa dan anak gadis Tok Deraman yang tangkas dan berani tampil untuk menuntut bela di atas kematian ayahnya.
Teater Nilamsari akan dipentaskan di Panggung Percubaan UPSI, Tanjung Malim bermula dari 4 hingga 6 Oktober ini.
Tiket-tiket dijual pada harga RM15 untuk dewasa, pelajar, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) pada harga RM10 sementara pelajar UPSI kemasukan adalah percuma. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast