UTeM telah berjaya menjadi johan bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) dan memenangi tempat ketiga kategori Anugerah Kurikulum Program Pengajian Inovatif di AKRI 2024.

DURIAN TUNGGAL – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dinobatkan sebagai johan bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) di Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2024.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada majlis  yang diadakan bertempat di Kampus Induk Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hari ini.

AKRI merupakan program khas bertujuan mengenalpasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif  dalam mengintegrasikan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata, kejayaan itu telah merancakkan lagi budaya inovasi berangkai bagi UTeM terutama dalam konteks kaedah pengajaran dan pembelajaran.

“Ini telah menjadi satu usaha bagi menyemarakkan budaya kepelbagaian pengajaran dalam pendidikan formal. Kesemuanya merangkumi strategi dan kaedah pengajaran komprehensif untuk memenuhi keperluan semasa industri.

“Selain itu inovasi ini turut menerima keperluan pembelajaran pelajar yang berbeza dalam aspek latar belakang, gaya pembelajaran, tingkat pemahaman dan minat dalam kalangan pelajar,” katanya.

Pada majlis yang sama UTeM turut telah berjaya memenangi tempat ketiga bagi kategori Anugerah Kurikulum Program Pengajian Inovatif.

UTeM telaH muncul johan menerusi projek inovasi Connecting the Dots-Meaningful Immersive Structural Health Monitoring experiences via integration of Design Thinking and Augmented Reality through Problem-Based Learning. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here