Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar ketika ditemui pemberita setelah selesai Solat Jumaat di Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu ekoran kejadian di sebuah hotel di sini melibatkan warga Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, orang ramai tidak patut menilai hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im dalam masa sama turut mengajak semua rakyat berdoa agar rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Beliau menambah, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu agar kejadian serupa tidak berulang.

Semalam, tular satu video menunjukkan beberapa warga Palestin membuat kecoh dan mengamuk dengan memecahkan pasu dan merosakkan hiasan yang terdapat di lobi utama Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Kejadian yang berlaku pukul 6.15 petang itu berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila salah seorang daripada rakyat Palestin terlibat tidak dibenarkan untuk menginap di luar. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga Palestin mengamuk di Wisma Transit ATM

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here