Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diminta agar tidak menghukum warga Palestin yang berlindung di negara ini berdasarkan tindakan segelintir daripada mereka yang membuat kekecohan di Wisma Transit di sini baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kejadian tersebut hanya melibatkan segelintir individu yang sedang berhadapan dengan tekanan.

“Bukan semua (begitu). Hanya segelintir yang terlalu tertekan,” katanya dipetik daripada laporan Malaysiakini.

Video yang tular di media sosial sebelum ni menunjukkan beberapa insiden termasuk seorang wanita yang menjerit dalam bahasa Arab selepas merosakkan harta benda.

Klip video lain yang merakam kejadian di mana wanita dan kanak-kanak meneriakkan “Malaysia No, Malaysia No”.

Pihak polis belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai insiden tersebut namun Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan pihaknya sedang meneliti aduan-aduan yang diterima.

Terdahulu, Malaysia membawa masuk seramai 127 rakyat Palestin, termasuk 41 pesakit dan 86 ahli keluarga mereka yang tiba di Pangkalan Udara Subang melalui dua pesawat TUDM A-400M dari Kaherah pada 16 Ogos lalu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bertenang, rakyat Palestin tetamu kita – Mohd Na’im

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here