Sohail Abbas (dua dari kiri).

KUALA LUMPUR – Bekas pakar pukulan sudut penalti Pakistan, Sohail Abbas dilantik sebagai penolong jurulatih skuad hoki kebangsaan dengan kontrak selama setahun.

Berita itu diumumkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.

Legenda Pakistan itu turut dikenali sebagai penjaring terbanyak dunia hoki moden apabila berjaya menghasilkan 348 jaringan dalam keseluruhan penampilan 311 caps dalam skuad hoki kebangsaan negaranya.

Sohail, 49, akan memulakan tugasan pertamanya bersama ketua jurulatih, Sarjit Singh pada kempen Hoki Piala Tun Abdul Razak 2024 di Johor Bahru ketika ini.

Sohail yang ditawarkan pilihan tambahan kontrak setahun lagi akan membantu persiapan skuad remaja lelaki dan wanita menjelang penyertaan di Piala Asia Remaja 2024 di Muscat, Oman, November depan.

Sarjit menerima kritikan hebat susulan prestasi hambar Speedy Tigers apabila menamatkan kempen rofi Juara-Juara Asia (ACT) di Hulunbuir, China baru-baru di tempat tercorot daripada enam pasukan bertanding.

Prestasi itu jauh berbeza berbanding ketika edisi terdahulu di bawah bimbingan bekas jurulatih, Arul Selvaraj, yang menyaksikan skuad negara mara ke pentas final namun tewas kepada India. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here