Muhamad Shuqrie. -Gambar IPD Rompin.

KUANTAN – Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan seorang lelaki berusia 24 tahun dari Kampung Salang, Pulau Tioman yang hilang sejak 8 September lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, lokasi terakhir lelaki itu dilihat memakai jaket berwarna hitam, berseluar gelap, kasut but hijau gelap dan membawa beg galas berwarna merah.

“Lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Shuqrie memiliki ketinggian kira-kira 175 sentimeter, kulit sawo matang dan bertubuh sederhana gempal.

“Berkemungkinan dia berada di kawasan Rompin atau tanah besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Azman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin di 09-414 5999. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here