Sebuah rumah Flat PKNS empat tingkat terbakar di Blok A, Jalan Enggang Taman Keramat, Ampang hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) empat tingkat terbakar di Blok A, Jalan Enggang Taman Keramat, Ampang hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rizalmi Azuan Mohamad Azally berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pukul 11.23 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah unit tingkat bawah berkeluasan 24×18 kaki persegi. Hanya ruang tamu terbakar sebanyak 60 peratus namun tiada kemalangan jiwa direkodkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seramai 18 anggota lain-lain pangkat dan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian keluaran Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dan Keramat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here