Tun Abdul Hamid Mohamad

Orang Kristian percaya bahawa Jesus Christ (Isa (A.S.) telah disalib, dalam bahasa mudah, dibunuh. Oleh siapa? Tidak lain melainkan Yahudi. Pada 325 A.D. orang Kristian, di Council of Nicaea, kini di Turkiye, mengundi dengan mengangkat tangan bahawa Jesus Christ adalah Tuhan. Kesannya, orang Kristian telah menjadikan orang Yahudi lebih hebat daripada Tuhan orang Kristian yang boleh dibunuh oleh orang Yahudi.

Sebaliknya, umat Islam, yang mempercayai apa yang dikatakan oleh Al-Quran, tidak percaya kepada penghinaan terhadap Tuhan orang Kristian itu, tetapi terus menghormati Isa (A.S.} sebagai salah seorang Rasul Allah. “Kami tidak membezakan antara mereka” – Quran. Sebenarnya, seseorang itu bukanlah seorang Muslim jika dia tidak percaya bahawa Isa (A.S.) adalah Rasul Allah.

Jadi, orang Islamlah yang terus menghormati Tuhan orang Kristian yang, menurut orang Kristian, telah dibunuh oleh orang Yahudi.

Sungguh ironi bahawa pemimpin Kristian kini membantu orang Yahudi untuk membunuh orang Islam. Adakah mereka begitu takut kepada orang Yahudi yang boleh membunuh Tuhan mereka? Netanyahu nampaknya tahu perkara ini. Maka, dia tidak menghiraukan langsung seruan pemimpin-pemimpin kuasa dunia Kristian itu.

Umat Islam terus dibunuh dan diseksa. Tetapi, orang Islam mempunyai iman yang lebih kuat. Mereka percaya bahawa, dengan kehendak Allah (S.W.T.), suatu hari Isa (A.S.) akan kembali, membersihkan agamanya daripada penyelewengan, berganding bahu dengan umat Islam, memimpin mereka mencapai kemenangan ke atas orang-orang kafir dan Yahudi dan menubuhkan kerajaan yang adil di dunia ini hingga Hari Kiamat.– Sumber, Quran dan Hadis.

Kita mungkin tidak hidup cukup lama untuk melihatnya.

Tetapi, ada satu perkara yang kita boleh lihat jika kita mahu berfikir. Saya telah perhatikan ia perlaku sudah berpuluh tahun. Setiap kali Amerika Syarikat menyarang negara orang Islam, baik Afghanistan, Iraq dan lain-lain, ia dilanda ribut taufan.

Kali ini taufan Helena melanda nageri-negeri di Selatan negara itu. Mengikut berita, 130 orang disahkaan mati. Bilangannya dijangka bertambah sebab banyak lagi yang hilang. Di  Nasheville sahaja lebih kurang 600 orang masih hilang. Di North Carolina sebanyak 2,900 panggilan diterima mengatakan ahli keluarga yang hilang. Kita juga terbaca berita 600,000 bungkus makanan masak (meals) dihantar ke suatu kawasan bencana. World Central Kitchen, yang dibom oleh Israel ketika cuba menghantar makanan kepada penduduk Gaza, telah menyerah 64,000 bungkus makanan kepada mangsa taufan itu. Bekas Presiden Trump juga berkata beliau telah menghantar truck makanan (tidak tahu berapa banyak) ke kawasan terlibat.

Kita tidak tahu berapa banyak orang yang kehilangan tempat tinggal mereka. Adakah mereka terpaksa tinggal di khemah-khemah, mengharapkan pemberian makanan untuk mengalas perut? Adakah sekolah, gereja, dan hospital juga musnah seperti di Gaza? Nampaknya banyak yang serupa.

Kita tidak tahu sama ada kerosakan yang disebabkan oleh ribut taufan dan banjir dalam masa beberapa hari itu lebih besar atau lebih teruk daripada kerosakan di Gaza akibat serangan Yahudi dengan menggunakan senjata yang dibuat dan dibekalkan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Kristian Barat itu. Tetapi, melihat kepada gambar sampah sarap yang meliputi Tasik Lure sahaja, pengeboman Israel tidak dapat menyebabkan bencana sehebat itu.

Ini adalah bahan untuk kita berfikir, jika kita mahu berfikir. Orang yang tidak beriman akan berkata itu adalah kebetulan. Bagi orang yang beriman tidak ada kebetulan, semuanya ditentukan oleh Allah Ta’ala. Titisan air di langit berkumpul dengan banyaknya, angin bertiup dengan kuat ke satu arah di Amerika Syarikat pada tarikh dan masa yang sama, sampai di tempat yang ditujukan (seolah-olah air itu tahu sendiri), air itu pun gugurlah dengan banyaknya hingga menyebabkan banjir yang amat besar disertai ribut taufan yang memusnahka segala yang ada di atas muka bumi. Semua itu berlaku dengan sendirinya?

Tidak mengapa manusia angkuh tidak mahu memikirkan apa yang dilakukan oleh Allah Ta’ala untuk mereka berfikir, walaupun mereka diberi akal dan fikiran. Banyak manusia yang angkuh, banyak empayar yang gagah telah lenyap ditelan bumi. Adakah manusia “paling bertamadun” dan “paling cerdik” dalam sejarah manusia akan menunggu hingga mereka dibangkitkan semula baharu hendak mempercayainya? Itu sudah terlambat, kata Al-Qur’an.

Sebaik sahaja saya mengemaskini rencana ini setakat ini, isteri saya masuk ke bilik saya memberi tahu sebuah kilang kimia di Georgia, Amerika Syarikat terbakar menyebabkan 90,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan. Tidak diketahui mereka juga terpaksa tinggal di khemah-khemah dan mengharapkan makanan yang diberikan untuk mengalas perut? Nampaknya, sekali lagi kejadian ini menyerupai apa yang berlaku di Gaza.

Tidakkah semua kejadian ini menyebabkan pemimpin-pemimpin politik di Amerika Syarikat dan di negara-negara Barat itu terfikir bahawa[AB1]  ia adalah tanda daripada Allah (S.W.T.) terhadap apa yang dilakukan mereka?

Saya tidak mengharapkan sesuatu daripada orang Yahudi. Mereka telah mengkorapkan The Old Testaments dengan memasukkan cerita Nabi Noh (A.S.) seorang pemabuk, Nabi Lut (A.S.) berzina dengan dua orang anak perempuannya, Nabi Ya’akub (A.S.), moyang Yahudi mengalahkan Allah Ta’ala dalam pertandingan gusti; mereka membunuh Nabi-Nabi yang dihantar kepada mereka; berkali-kali mereka mengingkari perintah Nabi Musa (A.S) termasukdengan dengan menyembah anak lembu, malah seperti yang diceritakan oleh Al-Quran, berkali-kali mereka mengingkari perjanjian mereka dengan Allah Ta’ala.

Hari ini, mereka tidak menghiraukan seruan pemimpin-dunia, perintah Mahkamah Jenayah Antarabangsa, resolusi Majlis Keselamatan dan Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Tiada siapa mampu menghalang atau melarang mereka. Setiap hari mereka semakin bongkak, hinggalah mereka berdiri di hadapan Allah (S.W.T.) di Hari Penghakiman kelak, jika tidak lebih awal. Janji Allah (S.W.T.) tetap akan berlaku. – Quran.

— TUN ABDUL HAMID MOHAMAD mantan Ketua Hakim Negara.

[email protected]

http://www.tunabdulhamid.my

https://tunabdulhamid.me

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast