EducationUSA 2024 di Universiti Taylor’s hari ini.

KUALA LUMPUR – Lebih 40 institusi pendidikan tinggi dari Amerika Syarikat (AS) menyertai Pameran EducationUSA 2024 yang memberi peluang kepada pelajar di negara ini mengetahui lebih banyak maklumat berkaitan.

Menurut Kuasa Usaha (CDA), Manu Bhalla, kehadiran institusi-institusi itu mencerminkan kepelbagaian yang ditawarkan oleh pendidikan tinggi negara itu kepada pelajar Malaysia.

Katanya, terdapat lebih 4,000 institusi yang diakreditasi di seluruh negara itu termasuk di Washington.

Kuasa Usaha (CDA), Manu Bhalla berucap di EducationUSA 2024 di Universiti Taylor’s hari ini.

“Institusi pendidikan tinggi AS memberikan kelebihan kompetitif dengan menawarkan pelbagai jurusan dan pilihan ijazah yang paling luas di dunia dengan peluang untuk pelajar menyesuaikan laluan pendidikan mengikut keperluan mereka.

“Kami sangat teruja untuk memaklumkan kepada anda semua kolej dan universiti AS sangat mengalu-alukan pelajar antarabangsa dari pelbagai latar belakang dalam semua bidang pengajian.

”Ini termasuk bidang teknologi selaras dengan fokus utama kita terhadap sains, teknologi, kejuruteraan serta matematik,” katanya di hadapan pengunjung EducationUSA 2024 di Universiti Taylor’s di sini hari ini.

Menurut Bhalla, sekitar 2023-2024, AS telah menerima kehadiran luar biasa kira-kira lebih daripada satu juta pelajar antarabangsa dari lebih 200 tempat asal di seluruh dunia.

“Kepelbagaian adalah salah satu kekuatan terbesar AS, ini juga telah memberi kekuatan kepada kita dalam bidang pendidikan antarabangsa terus menjadi lebih kukuh apabila semua aspek kepelbagaian masyarakat AS dan negara-negara lain bawah satu bumbung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bhalla juga memaklumkan pihak Kedutaan AS di sini komited dalam menjadi pemudah cara untuk pelajar Malaysia mengakses pendidikan tinggi melalui rangkaian EducationUSA yang menyediakan maklumat dan sumber yang tepat serta komprehensif secara percuma.

Tahun ini juga menandakan 25 tahun rangkaian global EducationUSA yang telah berkembang untuk memenuhi permintaan pelajar yang semakin meningkat dengan akses yang lebih meluas kepada pendidikan tinggi terutamanya untuk belia.

“EducationUSA akan terus mempromosikan kualiti dan kepelbagaian pendidikan tinggi AS kepada semua pelajar antarabangsa,” tambahnya.

 

Beliau turut menggalakkan pelajar yang hadir di pameran sehari itu untuk berinteraksi dengan wakil kolej dan universiti AS bagi mengetahui lebih lanjut mengenai peluang serta sokongan yang disediakan kepada pelajar antarabangsa. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here