Seorang lelaki warga Singapura cedera ditimpa pondok wakaf yang roboh akibat sebatang pokok tumbang di Taman Eko Rimba Gunung Berlumut, Felda Ulu Dengar, Kluang, hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki warga Singapura cedera ditimpa pondok wakaf yang roboh akibat sebatang pokok tumbang di Taman Eko Rimba Gunung Berlumut, Felda Ulu Dengar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkatata, mangsa, Mohd Hazli Jalali yang berusia 40-an berada dalam pondok berkenaan ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi.

“Seorang pekerja di situ iaitu Penolong Pemelihara Hutan telah menerima makluman daripada orang awam bahawa terdapat sebatang pokok telah tumbang atas sebuah pondok wakaf.

“Kejadian itu menyebabkan pondok wakaf tersebut telah roboh dan mengenai mangsa.

“Mangsa mengalami kecedaraan di bahagian kepala dan kaki. Kecedaraan lain belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here