Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohamad Sabu bangga dengan pencapaian penjualan durian segar Malaysia di China.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan penjualan 40 tan durian segar di negara Tembok Besar itu dalam masa 24 jam.

“Alhamdulillah tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China habis terjual,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berkata, sejumlah 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara itu habis terjual.

Jelas Norman, faktor durian yang masih segar dan kualiti yang tinggi menyebabkan raja buah itu mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat China di setiap outlet yang dijual.

Pada Ogos lepas, Malaysia mengeksport sebanyak 40 tan metrik durian segar daripada kualiti premium seperti Musang King, Black Thorn, D24 untuk dipasarkan di enam wilayah di republik tersebut iaitu Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shengzhen dan Nanning.

Ogos lalu, durian segar pertama Malaysia ke China mula dijual di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah di China.

Wilayah tersebut ialah Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guanzhou, Shengzen dan Nanning. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here