Seorang pesara swasta kerugian lebih RM100,000 akibat terpedaya skim pelaburan saham tidak wujud dalam talian sejak Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian berlaku apabila warga emas berusia 73 tahun itu tertarik dengan tawaran keuntungan berganda yang dilihat melalui iklan di laman Facebook.