Seorang lelaki warga emas maut selepas melecur 90 peratus apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Foto: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas melecur 90 peratus apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.39 petang sebelum lapan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba menemukan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 80-an tidak jauh daripada kenderaan yang terbakar.

“Tubuh mangsa dianggarkan melecur 90 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut dan setakat ini siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kenderaan tersebut terbakar. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast