Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan dua lelaki dan dua wanita selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di kawasan Tanjung Kupang di sini hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian tersebut dilaporkan kepada pihaknya pukul 10.12 malam pada 30 September lalu.

Susulan itu, katanya, bertindak atas maklumat,  polis membuat serbuan di sebuah rumah di kawasan yang sama pukul 3.15 pagi pada 1 Oktober lalu.

“Hasil serbuan, polis berjaya membuat tangkapan ke atas dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 43 hingga 50 tahun.

“Hasil semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki positif dadah manakala kedua-dua suspek wanita negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihaknya turut merampas dua telefon bimbit, seutas jam tangan, komputer riba, mesin cetak, gelang rantai emas, projector TV, kasut sukan, dua topi keledar, dua pembesar suara, router internet, anak kunci motosikal dan pelbagai produk kesihatan.

Menurutnya, reman ke atas semua suspek berakhir hari ini sebelum disambung hingga 12 Oktober ini.

Tambah Kumarasan, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here