GAZA- Sekurang-kurangnya lima terkorban manakala 20 lagi akibat serangan udara Israel terhadap sebuah masjid di Gaza, awal pagi Ahad.
Serangan terhadap masjid yang terletak berhampiran Hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah, di tengah-tengah semenanjung Gaza, berlaku ketika peperangan antara Israel dan Palestin memasuki tahun pertama.
Menurut saksi, jumlah kematian dijangka meningkat berikutan masjid berkenaan digunakan sebagai tempat perlindungan rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat perang.
Pasukan tentera Israel dalam kenyataan berkata, mereka melaksanakan serangan tersebut, tepat menuju pusat gerakan dan kawalan Hamas yang terletak di dalam struktur yang sebelum ini digelar Masjid Shuhada al-Aqsa, berhampiran kawasan Deir al-Balah.
Sejak 7 Oktober tahun lepas, Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan hampir 42,000 kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel.- Agensi