Anggota polis membantu seorang ibu muda dan bayinya yang terperangkap dalam banjir di Kampung Parit Jepun, Ulu Benut, Simpang Renggam, Kluang, hari ini

KLUANG – Polis memberikan bantuan kepada satu keluarga termasuk ibu sedang berpantang tiga minggu dan bayinya di Kampung Parit Jepun, Ulu Benut, Simpang Renggam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, bantuan menerusi Pasukan Boatman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dilakukan pada pukul 2.45 petang.

“Bantuan tersebut melibatkan satu keluarga yang terperangkap dalam rumah melibatkan seorang wanita berusia 22 tahun dan baru bersalin tiga minggu lalu dan bayinya.

“Turut diselamatkan seorang wanita berusia 59 tahun. Semua mangsa dibawa keluar menggunakan kenderaan GS Kargo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mereka dibawa ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Kampung Muhamad Amin, Simpang Renggam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here