PPS
Gambar hiasan

IPOH – Seramai 134 mangsa banjir di daerah Hilir Perak ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak, setakat jam 10 malam pada Ahad.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, ia menunjukkan peningkatan berbanding 76 mangsa dari Kampung Batu dan Kampung SC Ayer Hitam ditempatkan di PPS yang dibuka pada jam 10 pagi itu.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di tiga daerah termasuk Kerian dan Taiping seramai 292 daripada 81 keluarga.

“Di Kerian, PPS SK Changkat Lobak dan PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai masing-masing menempatkan mangsa banjir seramai 58 dan 59 orang.

“Sementara PPS SK Matang di Taiping menempatkan 50 mangsa daripada 15 keluarga semenjak PPS itu dibuka pada Jumaat lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, dua PPS di Hulu Perak iaitu di SK Sri Andika Raja dan SMK Gerik telah ditutup pada jam 1 tengah hari selepas situasi banjir kilat pulih dan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here